Hari ke 7 kitaorang still kat Paris...bertolak balik pukul 3pm dan sampai London pukul 5pm....Sampai di hotel kitaorang tak pergi mana2 pun rehat jer kat hotel.
Day 8 & 9
Tak ada apa2 pun aktiviti yang Kak Elly arrange, mmg peruntukan kan 2 hari ni untuk shopping, jumpa kawan dan bertenang2 di Kota London. Kalau korang nak bercuti di London sahaja Kak Elly rasa seminggu dah cukup kot.
Actually banyak tempat yang kitaorang tak cover kat London ni...contoh macam Museum, Stadium, University yang fames kat sana....tapi disebabkan malas dan rasa shopping lagi penting so decide tak melawat tempat ni. InsyaAllah kalau duit cukup nanti nak bawak anak2 datang sini boleh lah melawat tempat2 tu. Mmg nak datang sini lagi bawak anak2....London ni cantik sangat. Dalam list holiday tak pernah pun terfikir nak ke London...En Win yang beriya nak bawak aku kat sini. Yupe decision yang tepat sekali. I dah jatuh cinta dengan London....aaauuuwww.
Pagi tu tak ada pun nak rushing so kitaorang jalan kaki hingga ke Oxford Street
Sejuk sangat waktu ni
Sambil jalan2 sambil tengok permandangan. En Win lebih prefer Italy sebab dia suka tgk bangunan dan Church2 lama. Kat sini En Win kata moden sikit. Tapi tetap lah cantik kan...duit jer tak berapa cantik...haha
Kak Elly tak ingat sama ada Kak Elly pernah tak share ngan korang cara Kak Elly berbelanja jika bercuti. Kalau korang pernah, sila lah dengar sekali lagi ya...Kak Elly nak cite kat reader yang baru pulak.
Contoh: Kata lah Kak Elly bercuti selama 5 hari. Kak Elly akan sediakan 7 Envelope. Kata lah budget untuk korang makan sehari korang peruntukan RM300 X 5 Envelope (Selama 5 hari). Jika envelope untuk hari pertama yang korang gunakan tak habis atau ada balance makesure korang simpan dan jangan gunakan. Next day guna Envelope yang kedua pula...jgn sekali2 sentuh balance envelope pertama tadi.
Untuk Envelope ke 6 selalunya Kak Elly gunakan untuk transportation dan Envelope ke 7 untuk duit shopping. Utk hari terakhir Kak Elly akan kumpul kan duit balance yang ada untuk beli barang2 atau lebih kan untuk bershopping.
InsyaAllah kalau korang ikut tips ni Kak Elly yakin korang tak akan terover budget. Displin diri dengan menggunakan duit yang hanya diperuntukan sahaja. Jgn gunakan kan credit card atau debit card. Kena bawak tapi hanya untuk emergency sahaja baru boleh digunakan card tersebut.
Kalau ada masa dan ingatan masih sihat lagi nanti Kak Elly share perbelanjaan di London ya
Ini adalah gambar wajib kepada sesiapa yang hendak ke London
The best Honeymoon buat masa ini...hahaha.
Fresh Flower
The Beatles Shop
Korang kenalkan kawan college Kak Elly.....Hani. Nyampah perempuan ni cuba kau tgk kaki dia dengan kaki aku. Rasa nak patah2 kan jer kaki minah ni.
Dah hampir 2 tahun Hani duduk kat sini temankan suami dia bekerja. Sebelum ni Hani menetap di Texas. Hani dan suami baru balik bercuti di Maldives tu yang agak lewat baru dapat berjumpa. Dia ajak kitaorang tidur kat rumah dia tapi kitaorang prefer duduk sendiri...kata Honeymoon kan.
Win dan Rob
Tak dapat nak chat lama2 sebab banyak agenda shopping hari ni.
Ini kawan yang menghasut aku beli barang2 kecantikan...Mr Shawn.
Serius mmg time Sale murah giler barang2 kat sini. Bayangkan kasut French Sole yang Kak Elly beli di KLCC berharga RM800.00 sepasang tapi kat sini bila time sale hanya RM200.00 jer. Maka membeli lah seperti perempuan giler....4 pasang terus aku sapu. Untuk anak beli 2 pasang.
Trend Sale kat sini...kata lah korang pergi Mark & Spencer pagi harga baju tu selepas sale dalam RM80.00 tapi bila malam harga akan jatuh lagi jadi RM40.00. Mula2 kitaorang tak perasan. Pagi tu En Win nak beli satu beg harga dalam RM120.000 jadi En Win kata takpe kita tgk yang lain dulu...bila malam datang balik harga turun lagi sampai jadi RM60.00. (Ini utk Christmas Eve dengan New Year Eve Sahaja)
Restaurant Melur...restaurant Melayu kat London. Blh tahan femes gaks restaurant ni
Lobster
Next day sambung shopping lagi kat Harrods
Maka tamat lah percutian kami selama 10 hari. Segala soalan tidak akan dilayan selepas ini...hahahaha