Alhamdullilah Lorry MG Mover telah dijumpai. Berkat doa mak abah, kawan2 dan korang semua. Terima kasih...tak terbalas budi korang semua.
Isnin lepas waktu Kak Elly tengah breakfast tetiba dapat panggilan dari En Win
En Win: Ma...lorry kita dah jumpa. I baru jer dapat panggilan dari balai polis tadi. Ma...i rasa nak nanggis lah.
Aku: Ya ker Pa....Alhamdullilah. Syukur Ya Allah. Kat mana diorang jumpa lorry tu?
En Win: Jumpa kat Kepong. Tangkapan pun telah dibuat..sekarang masih lagi dalam siasatan polis. Lorry kita dah ada kat balai sekarang ni. Lorry semua ok...enjin tak hilang...tak rosak apa2 pun. Gambar u pun ada lagi diorang tak koyak.
Aku: Alhamdullilah...rezeki yang halal pasti akan dapat balik. Rasanya berkat kita, mak abah dan orang masjid buat sembahyang hajat tu yang pencuri tu buntu tak tahu nak buat apa2 kat lorry kita agaknya.
Inilah lorry pertama kitaorang sewaktu nak mulakan perniagaan movers. Kitaorang beli Cash...ingat lagi debar2 keluarkan duit kat bank sebab takut kita orang buat decision yang salah...akhirnya keputusan yang dibuat adalah betul. Bila dapat tahu lorry hilang rasa macam jantung nak gugur dan yang paling ketara sedih adalah En Win sampaikan tercucuk gunting kat peha...haha
Kawan2 lah tempat kami luahkan kesedihan...walaupun mereka adalah pendengar yang baik tapi kekadang boleh buat sakit jiwa jugak...haha
Motif pencurian: Pencuri adalah peminat tegar Elly In Wonderland. Tujuan lorry dicuri adalah untuk mandram gambar yang terdapat dilorry tersebut...hahaha
Elly adalah saksi utama...tetapi tidak dapat berbuat apa2
Filla adalah penghasut utama serangan balas terhadap pencuri. Dia telah memanaskan lagi keadaan yang sedang tegang ini
Hasutan demi hasutan telah Filla lakukan sehingga Ben juga termakan dengan hasutan Filla. Aku dengan Peej hanya memerhatikan sahaja. Kalau melampau sangat hasutan Filla aku dah sedia bacakan yasin ditelinga masing2.
Radie tiba2 muncul tanda sokongan kepada isteri tercinta dan cuba memberi kenyataan yang bercanggah.
Motif pencuri sudah dapat dikenal pasti oleh Radie...Pencuri itu hanya nak selpie bersama Elly in Wonderland sahaja dan selepas berpuas hati gambar banyak didalam phone barulah pencuri itu menyerah diri....hahaha giler lah korang ni!!
Saya masih setia di Sofa
Thanks korang....