Quantcast
Channel: Elly in Wonderland
Viewing all articles
Browse latest Browse all 416

Rahsia Rempah Maggi Kari

$
0
0

*scroll down for new entry*

Sabtu lepas Kak Elly dijemput oleh Maggi ke Spice Arena, Penang. Sempena World Curry Festival. Of course laju2 setuju...kali ni Kak Elly pergi sorang jer sebab En Win kena uruskan budak2 tuisyen.



Seawal 11.00 pagi Kak Elly dah sampai di Subterranean Penang International Halal Expo. So ada masa lah jalan2 dulu sementara menanti show yang akan disediakan oleh Maggi.



Sebut jer pasal Maggi, Kak Elly rasa semua orang tau kan. Dari kanak sampai orang tua. Maggi lah penyelamat di kala kelaparan. Mudah dan cepat disediakan. Maggi perisa Kari adalah kesukaan Kak Elly dari dulu sampailah sekarang. Kejap lagi Kak Elly nak share rahsia rempah Maggi Kari.

Waktu tengah kesibukan tak sempat memasak mmg Maggi akan di capai dulu...waktu duit tengah dihujung tanduk pun Maggi jugak lah penyelamat dunia...hahaha. 

Ingat lagi zaman belajar....stock Maggi ni mmg tak putus dalam almari. Kadang2 satu mangkuk share 4 orang. Makan pun tak boleh cut line kena sesudu sorang...hebat kan!!  Kalau ada duit lebih sikit share beli telur sebiji pecahkan kat dalam Maggi berebut2 tarik sudu..sampai melecur lidah lah.



Bila dapat jemputan dari Maggi dan Maggi nak kongsi rahsia tentang rempah kari resepi terus rasa bangga sangat...Meh la Kak Elly bawak orang ronda2 kat PIHEC ni dulu.



Ini  keluaran terbaru Maggi'Penang Seafood Curry'. Sedap dan lemak. Ok boleh letak dalam senarai list barangan tiap2 bulan...hahaha



Ini tak payah diperkenalkan lagi'Maggi Kari'kesukaan ramai. Kalau gi travel especially overseas mmg dah siap2 beli maggi cup kari. Penuh satu beg...bekalan diwaktu lapar dan penjimatan yang luar biasa...hahaha 



Sekarang kita tinjau di bahagian dalam pulak...dari jauh dah nampak booth warna kuning.



Staff2 yang sangat peramah...sambil membeli orang ramai blh cuba permainan yang disediakan. Kalau pandai pusing boleh dapat mangkuk dari maggi, Maggi Cup dan hadiah2 yang lain.



Cara masak Maggi dulu dan sekarang pun dah jauh berbeza. . Kita dulu2 masak maggi kosong atau paling hebat pun letak telur jer. 

Tapi sekarang dah macam complete meal siap letak telur, sayur, ayam, fish ball dan macam2 lagi. Har.. walaupun rasa makanan tu penting, tapi yang lebih penting lagi kita perlulah amalkan amalan pemakanan yang penuh seimbang. Jadi ibu bapa kat luar sana jangan risau kalau anak2 anda memilih Maggi untuk makan setiap hari.



Pengujung yang datang pada hari itu juga akan diberikan layan yang istimewa. Kepada pengunjung World Curry Festival anda berpeluang menikmati promosi "Anda beli, kami masak untuk anda" Jangan risau kalau terlepas peluang ini, kerana event Anda Beli Kami Masak akan diadakan sepanjang tahun di rata-rata hypermarket, supermarket dan juga di event-event special. Kalau nak tau, pergi je Facebook Page MAGGI untuk maklumat lanjut



"Maggi Kari pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia"



Kak Elly juga diberi peluang bertemu dengan Chef Muluk. Nampak tu muka penuh tekun bila mendengar penerangan dari Chef Muluk tentang cara2 penyediaan maggi dengan betul.



Chef Muluk juga berkongsi rahsia rempah kari Maggi dan cara2 masakan yang sebenarnya hingga ia menjadi perencah kari Maggi yang sungguh lazat.



Kak Elly diminta meneka rempah ratus yang digunakan dan ternyata Kak Elly mmg hebat dan bijik meneka rempah ratus yang digunakan.....hahaha.



Rahsia Rempah Maggi Kari

Ini lah rahsia kandungan dan cara pembuatan perencah kari Maggi Kari. Cara penyediaan rempah kari ini sama dengan cara masakan ibu2 kita dirumah

Cili Sebenar
Kalau tak ada cili, tak jadilah kuah Kari. Maggi kari menggunakan cili sebenar yang dipetik segar.

12 Rempah 
Kari yang sempurna adalah kari yang lengkap rempah ratusnya. Sebab itulah Maggi memilih 12 jenis rempah dan setiap satunya memberikan aroma, rasa dan kenikmatan kari sebenar. Antaranya ada lah bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga, lada sulah dan lada hitam

Di masak sampai pecah minyak
Cara masakan kari tradisional dirumah memang rumit dan prosesnya agak lama. Bahan2 akan ditumis sehingga pecah minyak untuk membangkitkat aroma dan rasa kari, seperti masakan ibu-ibu kita. Cara yang sama jugaklah digunakan untuk membuat perencah kari dan diproses sehingga menjadi serbuk kari sebab itulah Maggi Kari menjadi pilihan sejak dulu lagi.



Chef Muluk menerangkan kepada pengunjung tentang rempah ratus yang digunakan dan proses penyediaan sehingga lah menjadi perencah Maggi kari.



Selepas penerangan diberikan oleh Chef Muluk. Pengunjung diberi peluang untuk menyertai kuiz yang disediakan oleh Maggi. Meneka rempah ratus yang ada dialam botol yang bertutup dengan hanya menggunakan deria bau sahaja. Jika berjaya meneka hadiah akan diberikan.



Staff2 Maggi



Semuanya berjaya meneka dengan tepat sekali



Korang kena cuba beli dan rasa 'Penang Seafood Curry" ni. Dah cuba sekali mesti nak lagi. Serius mmg sedap sebiji rasa mee kari Penang.



Maggi ni mmg kesukaan kanak2...kalau Kak Elly dulu mmg berebut2 dengan Kakak. Dulu tak berani masak sorang satu bungkus takut mak bising jadi share lah makan adik beradik dan selalunya Kak Elly yang dapat paling sikit sebab kecik lagi....diam kan jer lah kang kalau melalak semua kena sebat langsung tak dapat makan. Sambil makan sambil nyanyi "Mee Maggi senang masak...lazat di makan" Eh! betul ker lagu tu....hahaha



Complete Meal...semua ada. Ayam, telur, udang, fish dan sayur. 



Seterusnya Maggi mengadakan pertandingan memasak Maggi untuk pengunjung. Kacang sangat ni...masak sambil pejam mata pun boleh. Harus join pertandingan memasak ni...mmg boleh dapat tempat pertama lah....haha



Sebelum pertandingan bermula...Chef Muluk menunjukan cara memasak Maggi Kawen. Korang dah cuba tak Maggi Kawen. Kak Elly belum pernah cuba lagi. Cara masak Maggi Kawen ni mudah jer...masuk kan air kedalaam periuk sebanyak 370ml. Lepas tu masuk kan separuh perencah kari dan separuh perencah asam laksa. Lepas tu korang boleh lah masuk kan bahan2 lain seperti ayam, sayur ataupun udang. Gitu cara masaknya. Mudah dan lazat. Maggi Kawen ni juga amat sesuai untuk hidangan 2 orang, sebab korang boleh combine je mana-mana Maggi 2-Minute Noodles untuk hasilkan resipi Maggi Kawen yang baru.



Naik jer atas pentas tiba2 muka rasa kebas...kaki gigil2. Eh! apa hal ni setakat masak Maggi pun nak mengigil satu badan. Kang kalau Chef Muluk rasa tetiba maggi rasa tak sedap camne...malu lah I



Takpe2 kita buat lawak sikit ngan Chef bagi dia suka dan up sikit markah...hahaha



Peserta yang bertanding



1,2 mula....

Itulah rupa decoration Maggi Kak Elly...cantik ker idok. Korang jangan nak senyum2 ya...



Dah tunjuk very good ada peluang menang ni!!



Tapi Chef lebih tertarik dengan pinggan di sebelah



Mmg nampak lagi meletup dan lazat...ok anda layak menang. Syabas orang sebelah!!

Kak Elly nak ucapkan terima kasih kepada Maggi kerana memberi peluang kepada Kak Elly untuk sama2 menyertai World Curry Festival di PIHEC dan telah berkongsi Rahsia cara memasak Rempah Maggi Kari. Thank you so much.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 416

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.