Quantcast
Channel: Elly in Wonderland
Viewing all articles
Browse latest Browse all 416

Doa selamat

$
0
0

Alhamdullilah tercapai cita2 kitaorang bertiga nak buat doa selamat. Dah lama rancang tapi tak dapat nak tunaikan sebab memasing busy. Mula2 ingat nak buat doa selamat sebelum Ellfie dilancarkan tapi disebabkan kesuntukan masa terpaksa lah postponed.

Restu dari ibu bapa, suami dan anak2 paling penting buat kami. Kami nak malam doa selamat tu semua keluarga bersatu dan sama2 mendoakan utk perniagaan kami. Restu mereka sangat penting buat kami. Malam tu parent aku jer tak dapat datang. Inlaw aku terpaksa jaga arwah di ward masa tu. Abah pulak tak boleh drive malam2 mata tak nampak. Tapi sebelum aku datang ke Majlis doa selamat ni awal2 dah called abah mintak dia doakan jugak untuk kami.



Mula2 decide nak buat doa selamat kat rumah mak Peej. Makan kita2 jer sekeluarga. Tapi since Peej nak buat makan2 kat rumah dia jadi kitaorang decide buat sekali jer lah kat rumah Peej. Lagi ramai datang lagi meriah kan.



Malam tu makan BBQ jer. Peej masak spagetti, Filla bawak buah2 dan manisan. Aku nak bawak Peej tak bagi sebab adik beradik Ben yang lain dah banyak bawak makanan. Malam tu makan2 kitaorang guna 1st duit keuntungan Ellfie...alhamdullilah tercapai niat kami.



Orang kuat ni...lepas tu cepat sangat mengalirkan airmata. Dengan aku2 sekali mesti terjebak.



Selesai makan...kaum keluarga semua berkumpul di ruang tamu rumah Peej. Bacaan doa malam tu kita mintak Abg ipar Peej tolong bacakan. 



Alhamdullilah kitaorang beruntung sangat....suami serta keluarga adalah tulang belakang kami. Suami2 sentiasa membantu dalam melancarkan perjalanan Ellfie. Segala pendapat dan dorongan dari mereka buat kami bertambah kuat. Bila aku lihat sekeliling melihat keluarga mendoakan kami...serious sedih sangat waktu tu. Ini yang sangat2 kami perlukan doa dari mereka lah yang menguatkan kami. 



Huaaaaa sedih sangat waktu ni.

Selesai bacaan doa...kitaorang mintak ibu bapa memberi sepatah dua kata.

Mak Peej: Auntie doakan semoga persahabatan mereka bertiga ni kekal buat selamanya. Jangan bergaduh dan insyaallah perniagaan mereka maju.

Mak Filla: Auntie pun sama...buat perniagaan tu elok2. Jangan gaduh2....

Bapak Filla & Bapak Peej: Dalam perniagaan ni banyak cabaran. Kena pandai selesaikan. Kitaorang sentiasa akan mendoakan.

Huaaaa air mata gugur macam air terjun waktu ni. Suami2 malu nak bercakap cuma Ben jer bercakap panjang lebar malam tu. 



Insyaallah semoga persahabatan kami kekal selamanya dan Elffie terus maju...amin.



Selesai bacaan doa....kita sambut birthday pulak. Eh! nama Kak Elly pun ada...hahaha saja tau nak buat kita tanjat2.



Aleeysa happy bukan main lagi siap tepuk2 tangan bila orang nyanyi lagu birthday. Bersungguh2 tiup lilin...hahaha.

Majlis selesai dalam pukul 12 malam...alhamdullilah dan terima kasih semua yang mendoakan kami.


*********************************************************************************



Sesiapa yang belum dapatkan Ellfie lagi sila wassap/sms 013-2755197. More info pasal produk Ellfie boleh click Ellfie Essence 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 416