Quantcast
Channel: Elly in Wonderland
Viewing all 416 articles
Browse latest View live

Berkecamuk

$
0
0

Korang pernah tak ada perasaan yang berkecamuk. Tak tahu nak nangis ker, nak ketawa ker, nak diam ker atau nak buat bodo jer. Ada benda yang nak diluahkan tapi tak tahu nak luahkan apa. Macam ada benda yang berbuku jer kat hati tapi tak tahu apa benda tu...hahaha. Dah giler agaknya aku ni.

Rasa macam nak hug jer En Win tak nak lepas2. Rasa bila dalam dakapan suami semua masalah selesai. Tapi tak kan 24 jam En Win nak peluk aku mau kena tendang ke tepi nanti. Perasan berbuku macam ni sejak Bapak En Win meninggal dunia. Aku stress sebab pelik kenapa En Win tak nangis. Aku pelik sebab dia lah yang paling rapat dengan arwah. Dah macam BFF. Kalau waktu arwah sihat dia lah teman berborak dan teman lepak En Win. Waktu arwah sakit dia lah suap makan, dia lah mandi kan, dia lah potong kuku, potong rambut dan bawak kemana sahaja arwah nak pergi walaupun arwah tak boleh berjalan lagi...En Win tetap angkat arwah masuk kan kedalam kereta dan berjalan berdua sambil berborak2.

Waktu arwah menghembus kan nafas terakhir hanya mak En Win disisi. Waktu tu En Win tengah ambik anak2 balik dari sekolah. Waktu berita disampaikan En Win tenang setenang2 nya. Setitik air mata pun tak keluar. Sampai di hospital En Win hanya berdiam diri sahaja. Urusan jenazah semua dilakukan di hospital sebab En Win tak ramai adik beradik. Semua ada tugas masing2....bila semua tugas selesai aku kembali ke Hospital. Sebelum tu aku ada mintak Radie utk teman kan En Win dihospital...luluh hati aku tengok hanya En Win, Radie dan 2 orang pekerja yang uruskan jenazah. Dia lah mandikan jenazah, kapankan dan sembahyang jenazah. Tapi still setitik air mata pun tak keluar dari En Win.

Cuma waktu arwah dikebumikan...sewaktu kain kapan dibuka dibahagian muka...waktu ini lah En Win tenung arwah agak lama. Aku yang kat tepi tu dah meleleh2 air mata. Tapi En Win masih tidak mengeluarkan airmata...why...why...why.

Dua hari lepas aku kuat diri tanya En Win kenapa dia tak menanggis...aku tak puas hati. Aku tak nak kesedihan tu berbuku dihati...aku nak dia luahkan.

Aku: Pa...i pelik lah kenapa u tak nanggis waktu Papa meninggal. U tak sedih ker Pa?

En Win: Ma...I yang jaga dia. I tahu betapa sengsaranya Papa menanggung kesakitan. I tahu betapa kecewanya Papa bila dia tidak boleh berjalan lagi. I tahu Papa menderita. 

Bila dapat tahu Papa meninggal...I rasa bersyukur sebab ujian dia didunia telah tiada lagi. I tak sedih sebab I dah puas jaga Papa. I dah jalan tugas I sebagai anak. Biarlah Papa berbahagia disana. Kembali ketempat asalnya.


Walaupun dah dapat jawapan dari En Win tapi hati aku tetap rasa kecamuk..nak cakap penyakit wanita setiap bulan bukan sebab baru jer lepas. Ker sebab aku banyak benda sangat berfikir, ker sebab semua benda aku nak buat. Meh....lah solat taubat, selawat dan bagi hati semakin tenang.

Al-fatihah untuk arwah.



Diriku yang dalam keletihan 



Bad Service!!

$
0
0

Kak Elly nak mengadu sikit pasal perniaga online kat bawah ni supaya korang lebih berhati2 jika membeli barang dengan mereka. Bukan nak tutup periuk nasi sesiapa ini adalah kebenaran. Kita kalau nak berniagaan ni biarlah jujur dengan customer.

Kes 1


Kak Elly mula tertarik bila baca kat FB pasal Canvas Frame Murah ni. Harga sangat2 berpatutan. Kalau korang order dalam masa 2 minggu barang akan sampai....katanya lah!!

After discuss thru wassap...Kak Elly pun bersetuju. dan terus bank in hari yang sama iaitu awal bulan January 2015. Setelah hampir 3 minggu barang still tak sampai lagi. Bila tanya dia jawab order terlalu banyak...mintak beri masa lagi seminggu. Ok lah...Kak Elly cuba faham masalah peniaga ni.

Lepas seminggu Kak Elly wassap lagi tanya status barang. Dia boleh jawab...kayu frame habis tunggu lagi 2 minggu. Kalau tak boleh tunggu kita pulangkan duit balik. Ok...sabar lagi. Rasa frame tu tak ada lah urgent sangat nak guna Kak Elly bagi peluang lagi 2 minggu lagi. Eh! baik sangat aku ni kan!!



Setelah 2 bulan berlalu....cuba korang baca conversation kat atas ni. 'Kalau sis tak boleh tunggu saya refund yer...maaf sebab terlalu banyak order" 

Macam ni punya orang berniaga pun ada ker??? puiiiii. Senang2 kau pegang duit orang 2 bulan janji itu ini...bagi orang mengharap lepas tu tak dapat nak buat terus nak pulangkan duit. Dah lah tak pernah wassap inform status terkini barang yang di order...tapi bila customer tanya"kalau tak blh tunggu kita pulangkan duit". Eh! perjanjian 2 minggu tapi ni dah lebih 2 bulan...mana2 customer pun blh marah.





Kalau rasa order tu terlalu banyak...stop dulu ambik order selesai barang customer yang tertunggak. Ini tak....bukan main tamak nak ambik semua order lepas tu tak terbuat dengan harapan customer akan faham dengan masalah yang dia hadapi. Kayu frame habis itu bukan masalah customer. Customer bayar dan mengharap barang sampai seperti yang dijanjikan.




Mintak maaf lah ya....macam mana perniagaan kita nak diberkati kalau kita asyik menipu sana sini. Kalau nak sesuatu perniagaan tu diberkati cuba lah bersikap jujur dengan pelanggan. 

Ya manusia mmg tak lari dari buat kesalahan. Tapi kita kena belajar dari kesalahan yang kita buat bukan ulang kesalahan yang sama berulang kali...adoi!!!




Terima qada dan qadar?? ini bukan cara yang betul kita nak handle atau menjawab dengan customer. Macam tu senanglah tak dapat handle order itu ada lah qada dan qadar. Kau pembeli cina atau india rasa2 nya diorang faham tak.

Nak berniaga online ni senang jer...bersikap jujur dengan customer. Rasa tak boleh handle dan tak dapat memuaskan hati pelanggan jangan beri janji kosong. Kalau boleh cakap boleh...kalau tak boleh inform customer awal2. Jangan beri 1001 alasan.


Kes 2

IG: paris_shoppingheaven



Ini lagi pitam...pre order beli KicthenAid. Order dari tahun lepas bulan September 2014. Sampai bulan February 2015 barang tak sampai2 lagi. Duit dah bayar RM1000.00 (deposit)

Yang kelakarnya barang dah sampai awal bulan January tapi ambik masa yang agak lama nak agihkan dekat customer...dalam sebulan kot. Rasa2nya logik tak??
-



Bukan sikit kot duit customer korang pegang RM1000.00 tu. Bila bayar langsung tak update apa2. Jadi satu kerja pulak kita asyik tertanya2 status barang. 

Macam mana lah korang uruskan perniagaan online ni. Mmg tak maju lah jawabnya kalau asyik menipu pelanggan.




Nasib baik dia refund....kalau tak mmg masak lah aku kerjakan.

Serius dah serik nak beli barang online lagi. Dah banyak kali terkena. Tapi ada jugak online yang menepati janji macam Fashion Vallet dan Zalora. Itu I like!!

So korang berhati2 dengan 2 peniaga online kat atas ni ya!!








Loose Item Ellfie dah mula di jual

$
0
0

Hari tu ramai yang tanya pasal Loose item untuk Cleanser dan Toner. Ada jugak request mintak kita buat botol tu besar sikit. Baik lah seperti yang dijanjikan korang dah boleh start order loose item dengan botol yang lebih besar 50 ml untuk toner dan Cleanser tetapi postage hanya bermula pada hari Isnin sahaja (9 Mac 2015). 



Harga untuk Cleanser dan Toner adalah seperti diatas. 

Harga Loose utk 
Day Cream (10g) = RM60.00
 Night Cream (15g) = RM60.00
*Free Postage


Untuk harga 1 Set Ellfie Essence pula

Semanjung ~ RM120.00
Sabah & Sarawak ~ RM130.00
*Free Postage

*Saiz botol cleanser dan toner utk Set Ellfie adalah  30ml. Hanya belian Loose sahaja 50ml*

Untuk order boleh wassap/sms 013 2755197.




Hair colour

$
0
0

Minggu lepas jadual pack giler...atas jalan raya jer hidup aku. Banyak giler benda nak kena settlekan. Sampai nak update blog tak sempat....busy sangat sampai nak masak pun tak sempat minggu lepas. Hujung minggu pun awal pagi dah bangun kena buat itu ini. Jangan mengeluh ini semua rezeki jadi kena kerja keras sikit tahun ni.

Kalau dulu masa anak2 masih kecik selalu ingat bila diaorang besar nanti senang sikit kot nak uruskan diorang....jangan perasan ya siapa ada ingatan macam tu. Semakin anak membesar semakin melambak tugas menanti. Nak kena hantar sana sini...pagi sampai petang jadual penuh. Masa untuk diri sendiri semakin berkurangan. Kalau dulu ada masa untuk facial, manicure, pedicure, scrub badan, cream bath sekarang nando. Comot jer dengan separuh rambut ada colour separuh tak ada colour....huaaaaa. Nak berzumba lagi lah tak sempat...why? why? why?

Kalau dulu blh lepak tengah malam dengan En Win gi kopi2, sekarang balik jer rumah aku ngan En Win keletihan terbongkang atas katil. Cuit2 pun tak ada dah...hahaha. Sorang berdengkur sorang tidur mulut terbuka. Mungkin orang luar nampak kita macam senang jer kan tapi hakikatnya mata pun tak boleh buka bila bercakap.



Last week curi masa sikit pergi colour rambut. Terus konpiden pilih colour ala2 omputih. Tak fikir langsung sesuai dengan muka ker idok. Zaman dah berlalu pilih rambut colour2 oren ni tapi entah nape tetiba jer kat saloon ni laju jer tangan tunjuk colour rambut remaja. Matilah tak sedar diri....hahaha.

Rasa macam nak kelainan...bosan dengan warna gelap kali ni pilih warna terang sikit....gulp!!



Sebenarnya waktu ni ada cuak sikit....betul ker colour rambut yang aku pilih....colour ala2 nak kena mintak cubit dengan mak aku nanti. Mak cubit sakit pulak tu. Tapi disebabkan nak nampak perubahan buat selamba jer lah walaupun jantung debar2...hahaha. Kalau tak cantik nanti colour jer lah gelap balik.




Waktu dah siap terus snap picture hantar gambar kat En Win.

"Pa cantik tak colour ni...ker over sangat"

"Ok cantik...malam ni boleh On"

Eh! tak ada kena mengena rambut dengan On ya...hahahaha.



OMG! bila kena matahari rambut nampak oren sangat ni...takut!! ker sebab dah lama tak colour rambut jadi jakun sekejap. Faktor usia yang tak boleh terima perubahan. Ada lah dekat 80 kali selfie dengan rambut...hahaha. Serius tak boleh terima.



Ok...kita bagi masa seminggu untuk biasakan. Kalau tak biasa jom lah menapak ke saloon tukar colour balik. Merasa lah minggu ni perasan remaja...hahaha.


*********************************************************************************



Testimoni dari pengguna Ellfie Essence. Setelah memakai hampir 3 minggu jerawat semakin mengecut dan semakin berkurangan. 

Untuk order wassap/sms 013 2755197

Kasut

$
0
0

Kak Elly bukan penggila kasut. Kak Elly jenis kalau beli kasut makesure selesa dan akan pakai kasut yang sama bertahun2 sampai lunyai lepas tu baru tukar kasut lain. Dekat office bawah meja ada 4 pasang kasut tapi Kak Elly akan pakai satu jer sampai tali atau tumit tercabut baru akan tukar pakai kasut yang lain.

Kalau tak dapat beli kasut...Kak Elly tak akan rasa terkilan sangat tapi jangan handbeg boleh seminggu termenung...hahahaha. Dalam almari mmg penuh kasut Kak Elly tapi ada yang tak pakai pun sebab malas nak bertukar kasut...lantak lah situ sesuai ker tidak janji selesa. Gitu konsepnya....

Birthday hari tu macam nak hadiahkan kat diri sendiri sepasang kasut yang selesa. Waktu tu @kerengga kurus macam tau2 jer keinginan tuan punya badan...nyampah. Maka terbeli lah kasut dibawah ni.




Tak tahu lah kasut ni akan dipakai atau di simpan sahaja. Sekarang ni Kak Elly rasa kasut yang paling selesa buat masa ni ada lah jenama French Sole. Selesa giler....itu jer lah yang Kak Elly pakai sekarang kemana2 Kak Elly pergi.

Lepas beli terus tak tahu nak sorok kat mana...walaupun menggunakan duit sendiri Kak Elly tetap takut dengan Abg Toyib...hahaha. Nanti dia punya bebel tak habis2 malas nak dengar. Aku pun pelik...duit aku sukahati lah kan. Tapi tulis boleh lah kat sini...nak berdepan tetap takut...haha





Sabtu lepas cuba nasib...terus pakai tanpa rasa bersalah. Eh! Abang Toyib tak perasan lah. Kalau macam ni boleh beli 10...hahaha.

Maka tamatlah karangan cerita kasut saya. Cikgu sila beri markah ya!!


Photoshoot Majalah

$
0
0

Dalam dunia perniagaan ni benda yang paling penting kita kena susun dan atur adalah bahagian marketing. Kalau tak buat marketing sampai bila2 lah orang tak tahu apa yang kita niaga kan. Ada marketing yang memerlukan duit dan ada marketing yang hanya menggunakan penulisan dan kata2 sahaja. Depends cara yang mana paling berkesan utk sesuatu produk.

Alhamdullilah...so far perniagaan Produk Ellfie mendapat sambutan walaupun baru sebulan lebih. Order masuk setiap hari...nak ucap terima kasih sangat kat korang sebab percayakan produk Ellfie. Kami bertiga akan berterusan promote produk Ellfie dan InsyaAllah kami akan pastikan produk kami setanding dengan produk2 kecantikan yang lain.

Menjalankan sesuatu perniagaan bukan perkara yang mudah. Kami bertiga mempunyai cara dan idea tersendiri. Pendapat dan pandangan masing2 selalu berlainan. Disini kami kena ada sikap terbuka dan menerima pendapat setiap sorang...kerana masing2 mengeluarkan modal dan mereka berhak utk menyuarakan pendapat. Tapi dari awal kitaorang dah berjanji jangan ada sikap tikam dari belakang. Tak puas hati sila suarakan. Bagi semua pihak dengar dan tidak terasa hati.

Peej dah awal2 cakap dia hanya hendak bekerja dibelakang tabir. Aku dengan Filla yang akan kedepan dan cuba promote sebaik yang mungkin. Tapi tidak bermakna Peej bekerja dibelakang tabir kami ketepikannya...segala keputusan kena ada persetujuan kami bertiga.

Alhamdullilah....minggu lepas aku dapat panggilan dari Majalah Wanita. Mereka bersetuju membantu utk promote kan Produk Ellfie. Kami diberikan satu kolum utk kami cerita kan tentang Produk Ellfie dan kebaikan Produk kami kepada pengguna. Bersyukur sangat....so kali ni tugas aku untuk kedepan promote Ellfie Essence. 



Disebabkan pernah ada sejarah muka pernah menjadi harimau bintang...hahaha. Kali ni kena lebih berhati2 sikit supaya tidak menjadi harimau kali kedua. Of course Kak Elly gunakan khidmat Jijie sekali lagi.



Hasilnya...terus ada rambut gulung2 di tepi. Selfie 80 kali sebab teruja dengan muka sendiri. Bapak aku kat tepi asyik tunjuk isyarat dan muntah atas pinggan...hahaha.



Photoshoot kali ni Mak dan Kak ngah turut serta sempena Hari ibu untuk keluaran bulan May nanti. Kak Ngah pun diberi peluang utk promote butik pakaian yang baru dibuka.



Letih ya sebab Mak tak pandai tersenyum depan camera. Tetiba mak jadi kaku dan senyum macam robot....hahahaha. Dekat 1/2 jam ajar mak cara senyuman yang iklhas. Tak jadi tetap kaku jer. Cuba korang tengok cara senyuman diatas lepas tu salah pandang camera...camno tu....hahahaha




Bila hantar gambar ni kat group terus Filla reply "Ly aku suka sebab kau nampak macam pompuan kayo"...hahaha. Takde kena mengena ya Filla. Kayo dengan jual produk. Kau tunggu turn kau kena photoshoot nanti.



Ini gaya ala2 wanita bekerjaya. Wah! hebat sangat ni.



Dan akhir sekali dengan gaya yang lebih santai.

Ok nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Majalah Wanita kerana bagi kami peluang dan ruang utk kami promote kan Elffie Beauty. Thanks jugak kat Jijie sebab datang awal pagi make up kan kami bertiga. Korang jangan lupa beli ya ada hadiah menanti.


Perancangan Holiday

$
0
0

Kalau tahun lepas holiday tak bawak anak2 tapi tahun ni masa utk diorg pulak. Perancangan dan budget ni Kak Elly dah fikir sejak tahun lepas lagi. 

Budget holiday ni semua Kak Elly dah ambik kira dari Flight, accomadation, itinerary perjalanan semua Kak Elly dah sediakan. Buat survey dan mintak bantuan sana sini agar itinerary menjadi lengkap dan tak terover budget. Sekali lagi kitaorg tak ikut package jadi survey tu kena banyak sikit ambik tahu. Ya tak tipu hampir setahun lebih Kak Elly dok survey sana sini.

Perancangan awal ingat nak gi Swiss, Germany, Belgium, Amsterdam, Paris dan London. Tapi bila dilihat dari segi kewangan rasanya tak tercover semua tempat tu. After discuss dgn En Win decided pergi 4 tempat sahaja. Satu tempat blh ambik masa lama sikit utk berehat.

Swiss, Amsterdam, Paris dan London tempat pilihan percutian kali ni. Mengikut perancangan awal ingat nak pergi tahun depan jer bulan 3 tapi cuti sekolah dan exam bulan 3 tahun depan kitaorg tak dapat nak jangka kan. Bincang punya bincang ok gi cuti hujung tahun ni tapi dgn syarat tak blh pergi mana2 percutian sepanjang tahun ni walaupun di dalam Malaysia. Hanya satu jer percutian iaitu hujang tahun ini. Kena kerja keras sikit dan simpanan kena lebih sedikit.




Step pertama book flight. Booked masa Matta Fair. Duit utk flight Kak Elly mmg dah ready kan sejak bulan 12 lagi. Bonus, Dividen Asb memasing tak blh usik kena ketepikan utk duit flight dulu. Jadi duit flight mmg dah prepare awal2. Hanya tunggu Matta Fair sahaja. Bulan 1 hingga bulan 3 kena kumpul duit accomodation dan bulan seterusnya duit transportation, makan dan shopping. Gitu konsepnya...

Now...Kak Elly dalam peringkat book apartment takut bilik penuh hujung tahun ni.

Korang jgn ingat Kak Elly ni kaya blh jalan sana sini..Kak Elly ni jenis kuat semangat kalau nak pergi sesuatu tempat Kak Elly kena lakukan sampai berjaya. Tak dapat pergi tahun ni Kak Elly akan cuba tahun depan sampailah ia dapat dilaksanakan dan ia merupakan satu kepuasaan. Titik peluh dikongsi bersama keluarga....gitu!!




Kali ni En Win tak nak naik direct flight. Dia suh cari flight yg ada transit. Letih duduk lama2 atleast kalau ada transit leh kopi2 sambil berjalan kat airport sementara tunggu next flight.

Entry ni bukan nak menunjuk2....entry ni nak bg korang bersemangat. Apa yg Kak Elly buat of course korang jugak mampu lakukan. Ikut kemampuan kita asalkan impian percutian kita tercapai. Target kena ada...cepat2 Matta Fair semua tgh murah2 ni. Bali cuma RM298 (return ticket MAS). Apa lagi rebutlah peluang!!


Kalau sesiapa yang ada experience gi tempat pilihan Kak Elly tahun ni boleh bagi tips tempat2 yang menarik ya. Leh jugak Kak Elly kongsi dengan reader2 nanti.

Di lema seorang Ibu

$
0
0

Giler poyo topik hari ni...padahal dilema yang macam tak dilema sangat pun. Tapi tetap jugak nak share dengan korang walaupun rasa macam..relax lah benda kecik jer pun...haha. Eh! biar arrrr. Siap korang kalau mengata dalam hati.....hahaha

Semua dah tahu yang Kak Elly ada dua orang anak perempuan. Yaya semakin membesar dan semakin tinggi dan dah pandai bergaya depan cermin...gulp. Apa yang Kak Elly buat, pakai, bercakap dia akan cuba meniru. Kalau zaman dulu kalau mak mengamuk tak bagi bercakap dengan lelaki atau berkawan dengan lelaki selalu rasa macam mak tak faham jiwa remaja, kuno nak bergaul dan berkawan ngan lelaki pun kena marah. Relax arrr....bukan buat apa pun bercakap jer punnnn. Gitu hati memberontak.

Now my turn...huaaaa. Next year Yaya dah masuk Sekolah Menengah. Memang tak lah aku bagi dia masuk Sekolah campur. Aku bukan tak percayakan Yaya tapi aku tak percaya kan diri sendiri...hahaha. Budak2 sekarang tak macam budak2 dulu...budak sekarang macam2 benda diorang dah tahu. Eh! tapi dulu pun macam tu jugak kan...huaaaa. Matilah dah start control anak sekarang ni.

Nak cakap control pun ya jugak...aku akan jadi super sensitive kalau Yaya berkawan dengan lelaki walaupun kawan sekolah. Aku nak tahu topik yang diorang bualkan. Aku nak tgk macam mana muka budak lelaki yang diselalu berborak walaupun dalam group chat. Kalau nak keluar study group aku akan ikut dan perhati dari jauh...huaaaa nape teruk sangat perangai aku ni. Ke mak2 mmg memang macam ni.

Kalau boleh tak nak Yaya kawan dengan lelaki...tapi camne sekarang dia sekolah campur...hahaha. Semalam borak2 ngan Filla dia kata jgn control sangat budak2 ni biarkan diorang berkawan. Aku dulu sekolah perempuan bila nampak budak lelaki terus tak keruan terus hati debar2...haha. Eh! aku pun camtu...padahal lelaki dalam bas tu tak pedulikan kan aku langsung. Tapi jantung macam nak jatuh belum lagi muka kebas...hahaha.

Mungkin sebab aku seorang ibu...sekarang pulak kalau tengok berita macam benda yang tak elok terjadi. Kena rogol dengan teman lelaki, lari ke Lombok, jadi pelacur lah...ishhh ngeri. 

Semalam Yaya tanya aku

Yaya: Mama dulu bercinta umur berapa

Mama: Umur 18 jer baru mama bercinta.

Yaya: Tapi Papa cakap dia kenal mama waktu form 3

Mama: ............... (diam buat bodoh jer tak jawab soalan) haha

Ishhh....laki aku ni kan bukan tahu nak menipu. Kang dia ikut bercinta umur 15 tahun camne. Stress ok!! Ramai giler ok orang nak berkenalan dengan Yaya...jadi risau aku. Hari2 balik sekolah mesti dia cite itu ini...aku dengan muka senyum akan jawab"kawan takpe tapi jgn nak lebih" padahal kan dalam hati macam nak jerit "jgn nak ngada2 kawan ngan pompuan jer mama bagi, dengan lelaki NO"tapi dalam hati jer lah...budak2 ni kang kalau control sangat lain pulak jadinya. Tapi camne tu....

Aku dalam dilema tak tahu samada perlu ker aku control atau biarkan dan monitor dari jauh. Dalam dilema nak masuk kan sekolah perempuan sahaja atau sekolah campur. Dalam dilema dengan perasaan sendiri, kena pandai menyusun ayat supaya anak2 faham naluri seorang ibu...ayooo masalah Negara ni!




Testimoni Ellfie

$
0
0

Customer Ellfie semua pemalu tak nak share muka utk dijadikan testimoni. Diorang berani luahkan dengan perkataan jer. Alhamdullilah ramai yang bagi feedback berpuas hati dengan Ellfie Essence. Kalau korang happy....kami team Ellfie lagi lah bertambah happy sebab dapat selesaikan masalah kulit yang korang hadapi. 

Ada customer yang berpuas hati terus rekemenkan dekat kengkawan yang lain. Ada jugak satu keluarga yang menggunakan Ellfie dari Ibu sampai lah ke anak2. Sekarang bukan sahaja wanita yang menggunakan Ellfie orang lelaki pun dah mula mencuba   Loose item cleanser dan Toner Ellfie. Ramai yang cakap Cleanser Ellfie menjadikan kulit menjadi lembut dan terasa sangat bersih bila menggunakannya.

Kalau siapa yang baca blog Kak Elly dari dulu mesti korang nampak perubahan kulit wajah Kak Elly. Dulu kalau beli produk pencuci yang mahal2 jer dengan harapan kulit kelihatan cantik menarik. Bertahun ya tak ada sebarang perubahan pun dekat kulit wajah. Kulit tak sekata dan tetap kusam. Now dah lebih 6 bulan Kak Elly menggunakan Ellfie alhamdullilah sangat2 berpuas hati.



Sebelum tidur Cuci muka dengan Cleanser, dap2 Toner disekeliling muka dan akhir sekali sapukan Night Cream. Lepas tu duduk depan cermin senyum2 sebab kulit boleh terasa lembut dan sekata. Pores semakin mengecil.

Tak caya...jap ya



Gambar sebelah kiri tu sebelum menggunakan Ellfie Essence. Jeragat penuh dekat pipi dan hidung. Kulit kusam. Kening pun tak vogue. Waktu ni dah cuba bermacam2 jenis produk yang mahal2.

Gambar kanan tu selepas menggunakan Ellfie. Now boleh senyum bangga. Kalau keluar tak perlu foundation. Tangkap gambar pun tak yah filter2. Kulit dah tak kusam, pores semakin mengecil dan kulit wajah semakin cerah dan sekata. Sekarang ni sangat2 konpiden keluar luar rumah tak perlu menggunakan make up.





Kalau beli set Elffie ni dah ada satu set lengkap. Cleanser, Toner, Day Cream dan Night Cream. Kalau boleh jangan campur dengan skincara yang lain. Guna Ellfie ni korang boleh pakai makeup seperti biasa. Tiada pantang larang.

Cuma siapa yang ada ambik supplement jang lupa minum banyak air sebab hormon kita tak balance nanti. Itu yang jerawat akan keluar kat muka.

Ada juga yang menggunakan Ellfie Essence akan naik ruam kecil dan dimuka. Jangan risau teruskan jer pakai sebab kulit muka kita tak sama ada yang sensitive dan ini juga salah satu proses pemulihan kulit mati. Nanti biji2 merah itu akan kecut dan akan ada peeling sikit. After 2 or 3 week (depends on kulit) kulit akan kembali cantik dan sekata. 


Kalau korang tgk gambar wajah adik kat atas ni dia tak ada langsung masalah kulit. Bila seminggu menggunakan kan Ellfie kulit adik ni ada peeling diseluruh muka...kita bagi semangat supaya teruskan. Ini salah satu proses utk pemulihan kulit2 mati. Selepas 3 minggu muka kembali normal dan semakin sekata, lembut dan berseri. Korang boleh bezakan gambar pertama dan ketiga...no powder ya. Licin jer muka adik ni. Tapi tak semua orang muka akan peeling...depends on kulit masing2.



Testimoni 1



Testimoni 2


Testimoni 3


Bawah ni testimoni utk kulit yang berjerawat




'Started using @ellifiebeauty products. Currently the complexion is clearing up but still long a way to go. So far i am pretty happy with the result. Will continue using and will post the progress and changes'.

Komen dari pengguna yang ada masalah jerawat. Ya...bg yang ada masalah jerawat proses pemulihan mengambil masa sedikit. Korang kena teruskan memakai sehingga jerawat menjadi kecut dan hilang.



Ini salah satu contoh pengguna yang ada masalah jerawat dan telah menggunakan Ellfie selama sebulan. Alhamdullilah semakin berkesan. Jerawat semakin kecut dan hilang.

Bagi yang belum mencuba dan ingin membeli set Ellfie Essence....Wassap/sms 013-2755197.

Harga: RM120.00 (Semenanjung)
RM130.00 (Sabah Sarawak)

*Free Postage*








Gymnastic Ameera

$
0
0

Aku tak sangka dari hantar suka2 tetiba boleh jadi satu aktiviti yang sangat2 serious buat Ameera. Kalau dulu Class Ballet aku suka jer ponteng2...haha tapi class ni jgn berani buat perangai ya.

Latihan gila tough...weekend kena berlatih 3 jam sehari. Belum lagi cuti sekolah tiap2 hari dari 9 pagi sampai 5 petang. Jangan harap nak gi bercuti mana2 sebab budak ni macam2 pertandingan kena masuk nanti. Sampai gi overseas pun ada ya.

Kalau rasa tak boleh bagi full commitment jangan masuk kan anak2 korang. Ini pun aku dah telan2 ailio...aku dah book untuk trip bulan 11 dan 12. Belum bagi tau cikgu lagi...tunggu nanti2 bila ada kekuatan aku bgtau ....hahaha.



Nak tabik spring kat budak2 ni semua. Korang tahu tak kandang2 diorang ni datang class awal terus ambik bola berlatih sambil badan terlentik2. Tak ada istilah gossip dulu sementara cikgu sampai...hahaha. Berlatih sendiri2 kalau ada kawan buat sama2. Tolong each other...gitu konsepnya,



Adoi...dia yang buat aku yang rasa sakit. 

Kena sentiasa berlatih sebab akan ada exam 2 kali setahun. Ini bukan aktiviti suka2 ini aktiviti yang serius sampai aku pun naik risau takut Ameera tak boleh terima. Tapi budak kecik ni macam relax jer...macam tak ada hal berlatih tiap2 hari. Siap cakap nak jadi wakil Malaysia satu hari nanti.....amin

Ini memang sukan kegemaraan Ameera. Kat rumah mmg tak berhenti berlatih. Duduk tak sampai 5 minit tetiba kaki dah letak atas kepala...huiishh ngeri ni.



Kau nengok ngeri tak ngeri...cikgu siap tarik kaki tu sampai belakang kepala. Tapi budak tu relax jer macam tak ada perasaan...hahaha. Aku yang kat tepi mata tak kedip2 pandang siap package telan2 ailio sekali....hahaha.

Aktiviti macam ni anak2 korang kena ada minat. Jangan paksa sebab kalau paksa nanti budak2 tak seronok. 




Waktu aku repost gambar ni...aku siap tag Ameera suh tgk cara diorang berlatih.



Tetiba Cikgu reply yang barisan ketiga tu Ameera. OMG!! terus rasa nak menangis. Tak sangka anak aku sehebat itu. Huhuhu....




Sekarang tengah survey2 nak buat baju untuk exam bulan 6 ni. Mata dah rambang...semua cantik giler. Terus berangan Ameera pakai baju ni sambil nari2 pegang rope...huaaaa cantik nyer.

Untuk semua student Ms Dina selamat berlatih ya walaupun tgh cuti sekolah. Ameera jangan malas2...mama alwiz support u Laling!!

Belajar dari kesilapan...

$
0
0

Kak Elly ni bukan lah seorang ibu yang baik, bijak atau pandai sangat menjaga anak2 dan Kak Elly selalu sedar yang Kak Elly perlu banyak bertanya atau membuat  rujukan untuk menjadi Ibu yang terbaik utk anak2.

Kak Elly tak nak cakap tentang sesiapa...Kak Elly nak cakap tentang diri Kak Elly sendiri apa yang Kak Elly lakukan pada anak2 dan Kak Elly selalu rasa itu lah yang terbaik untuk mereka. Hantar anak kesekolah, beri makan dan pelajaran, hantar ke tuisyen, bercuti dan sebagainya. Bila Kak Elly bagi semuanya Kak Elly mengharap balasan dari anak2 supaya menjadi anak yang bijak dan sentiasa mendapat markah yang tinggi disekolah. Kak Elly tak pernah pedulikan perasaan mereka"mama dah bagi semua yang korang nak...korang kena belajar pandai2" gitu konsep aku dari dulu. Apa yang Kak Elly tekan kan dalam hidup nak berjaya kena pandai dalam pelajaran sebab Mama dulu tak pandai jadi mama nak anak2 berjaya. Bila anak2 tak dapat markah yang cemerlang Kak Elly akan kecewa dan salah kan diri sendiri. Anak2 menjadi takut dan rasa kurang selesa bila berbincang soal pelajaran TAPI itu duluuuuuuu....now Kak Elly cuba belajar dari kesilapan.

Dalam hidup kita ni yang paling penting adalah kebahagiaan, kecerian dan kesihatan of course Agama adalah tunggak utama dalam segala benda. Dari hari kehari Kak Elly cuba belajar dari kesilapan dan selalu merujuk pada pakar2 dan bukak you tube tentang bagainama handle anak2 yang semakin membesar. Salah satu paberet rujukan Kak Elly adalah nasihat dari Prof Dr Muhaya. Kalau dulu Kak Elly mementingkan A dalam pelajaran sekarang tidak lagi. Kak Elly lebih bersikap terbuka...kalau berjaya Alhamdullilah kerana sekarang focus Kak Elly ingin menjadi Ibu yang terbaik di dunia dan akhirat. Kak Elly inginkan kebahagian, keceriaan dan memberi imej postif utk diri dan keluarga. Tapi bukan perkara yang mudah sebab kita dibesarkan dengan fakta "Pandai dalam pelajaran akan berjaya bila besar nanti"

Kak Elly nak share sikit dengan korang video kat bawah ni supaya kita para ibu sama2 belajar dari kesilapan. 

1. Anak2 yang dibesarkan dengan pujian akan belajar tentang keyakinan diri. Anak2 yang dibesarkan dengan kritikan akan berasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Bila ada perkara negatif dalam diri mereka akan berasa saya tidak pandai, saya tidak bagus terutama sekali bila kritikan dari ibu bapa dan guru2 akan membuat anak2 semakin mundur. 

Contoh perangai aku dulu bila Yaya tunjuk result dalam pelajaran "Apa ni Yaya BM pun boleh dapat B...mama hantar tuisyen Yaya buat apa...susah sangat ker nak belajar" bebel dan terus membebel

but now Kak Elly cuba ubah

"Good job darling takpe Yaya belajar lagi...nampak ni sikit jer lagi nak dapat A. Takpe buat latihan sure Yaya cemerlang nanti"bercakap dengan senyuman. Walaupun hakikat susah utk untuk bersikap macam tu tapi Kak Elly kena cuba 

2. Cuba kaji balik sikap kita. Kalau kita seorang yang suka mengkritik, suka cari salah orang, tidak pernah bahagia, payah nak senyum dan cuba kaji balik bagaimana cara kita dibesarkan. Cuba hentikan ajaran mak dan ayah kita dulu dan belajar dari kesilapan.

Betul dan tepat sekali fakta kat atas ni. Mak dan Bapak Kak Elly dulu jarang tunjukan kasih kasih sayang kepada anak2. Dengan erti lain sayang tapi tak nak tunjuk. Sayang dalam hati jer. Jadi Kak Elly sebagai anak tak tahu tahap mana ibu dan ayah menyanyangi kita. Jarang dapat ciuman dan pelukan dari seorang ibu dan ayah. Bila hari raya pun malu2 nak peluk. Bila tgk sekeling bagaimana orang lain berkasih sayang timbul sikap cemburu. Jadi Kak Elly cuba belajar dari kesilapan yang pernah ibu bapa Kak Elly lakukan dulu. Kak Elly dan En Win besarkan anak2 dengan penuh kasih sayang dan tunjuk kan bagaimana kita sayangkan mereka. Alhamdullilah Mak dan abah pun dah berubah dah tak malu2 peluk dan cium anak2. Jangan salah kan ibu bapa kita mungkin cara diorang dibesarkan begitu.

3. Ada dua perkara penting yang kita perlu ada Penghargaan dan Contoh yang baik
Sentiasa memberi pujian kepada anak2. "Mama bangga dapat anak macma Yaya dengan adik baik, pandai, hormat orang tua" Kalau kita focus dan mencari kesalahan anak2 salah lah yang akan timbul dan ini punca kemarahan anak2 kepada ibu bapa. Cuba tangkap anak kita buat benda yang betul dan banyak lah benda betul dan baik yang kita akan dapat.

Ya saya mengaku selalu menangkap anak2 buat benda yang salah dan berulang kali marah benda yang sama tapi tetap tak ada berubahan. Kali ni nak cuba tangkap anak2 buat benda yang baik sentiasa beri pujian kepada mereka agar kebaikan ni dia buat berulang kali.

Thanks Prof Muhaya saya akan cuba praktikan. Sikit2 lama jadi bukit. Nanti Kak Elly share lagi ya





Belajar selami perasaan orang lain

$
0
0

Kita manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Tapi yang paling penting kita sedar kesilapan dan cuba perbaiki. InsyaAllah kita akan menjadi lebih baik. Abah selalu pesan ubah perangai tu sebelum mencecah 40 tahun….kalau tak diubah sampai ketua lah perangai tu berkekalan. 

Kak Elly jenis yang jarang peduli hal orang. Lantak lah nak buat apa pun janji tak usik keluarga dan kawan2 rapat Kak Elly. Rasanya tak perlu kot kita sibuk hal orang melainkan diri kita ni benar2 sempurna. Tapi cuba soal dalam diri kita….sempurna kah aku sampai boleh menegur orang lain?? Boleh menegur tapi biar kena caranya agar pihak yang satu lagi tidak tersinggung.

Cuba ubah fikiran tu sentiasa kearah positif maka positif lah kita bila memandang sesorang itu. Kalau dalam jiwa itu sentiasa negatif maka negatiflah setiap orang yang kita pandang itu. Zaman kutuk mengutuk…gosip tepi tangga ni dah lama berlalu. Rasanya tak perlu kita berbincang atau berdiscuss tentang orang lain. Baik duduk fikir tentang keluarga sendiri…ya dak!! Ubah menjadi lebih baik bukan menjadi lebih tak baik.

Abah selalu pesan 'Cermin Diri' sebelum kita cermin orang lain. Kita tak tahu perasaan orang yang kita cermin itu ada ker betul seperti apa yang kita katakan. Cukup2 lah tambah dosa, dosa yang lain pun tak tertanggung rasanya. Cuba selami perasaan orang yang kau kutuk tu dan benda yang sama terkena dekat ahli keluarga terdekat atau diri sendiri macam mana lah agaknya ya. Ingat dunia ini bulat. Ada masa kita berada di atas dan ada masa kita berada dibawah. Selami hati seseorang sebelum kita membuka mulut. Jadi manusia yang lebih matang bukan menjadi seperti budak kecil yang tidak boleh berfikir.

Kita tidak tahu perasaan seseorang itu selagi kita tidak melalui apa yang pernah dia lalui. Jadi jangan sentiasa memandang negatif kepada seseorang jika kita tidak tahu siapa diri mereka yang sebenarnya. 

Orang yang dikutuk semakin maju….orang yang mengutuk semakin mundur kerana orang yang suka mengutuk jelas mereka cemburu dgn kehidupan orang lain dengan erti kata lain 'dah tak ada kerja asyik skodeng jer hal orang'. Siapa terasa statement ni mintak maaf lah ya….bila usik orang tak ingat pulak perasaan orang tu macam mana….tapi bila orang cuba tegur sikit jer pasal korang pandai pulak berapi2 perasaan tu. So be positif supaya minda anda lebih sihat dan diri menjadi lebih sempurna.

Nasihat untuk diri sendiri!!



Tired...

$
0
0

Rasanya dah malas nak mengeluh. Hendak ker tak nak ker tetap kena buat jugak. Kalau dulu semua rancangan TV Kak Elly tahu. Sekarang cite Asam Pedas ker cite Encik Sotong ker hanya dengar jer kengkawan bercerita. Dulu bukan main semua  gossip artis dalam tangan...hahaha. Tak seronok ya terkejar ke sana sini tapi nak buat macam mana kenalah berusaha sementara Allah nak bagi Rezeki ni. Ketepikan soalan penat...ketepikan soal masa buat selagi mampu...gitu!! 

Last week cuti sekolah. Mmg tak rancang mana2 percutian sebab nak simpan duit untuk percutian hujung tahun nanti. Tapi tetap bersalah dalam diri bila tengok anak2 muncung jer duduk atas katil. Asal balik kerja jer nanti Yaya start bersuara"Bosan lah mama". Aku dengar sambil telan2 ailio jer.

Adik cuti sekolah time table penuh dengan latihan Gymnastic. Rasa bersalah dalam diri semakin menebal...jadi decide ambik cuti 2 hari untuk spend time dengan anak2. Itu jer yang mampu Kak Elly buat untuk gembirakan hati diorang. 

Walapun bercuti Kak Elly still terkejar sana sini. Banyak giler kerja yang kena uruskan. MG Mover lagi seminggu akan berpindah ke office baru...of course En Win tak ada masa untuk anak2. Ellfie Essence dah melangkah satu peringkat lagi...Insyaallah siapa yang berminat nak jadi Agent atau Dealer tunggu entry minggu ni ya.

Satu2 kerja kena susun...biar semua selesai...bg semua pihak puas hati. Walaupun hakikatnya dah rasa macam nak merangkak jer nak berjalan pun dah tak mampu. 



Khamis lepas curi masa intai adik berlatih...bagi moral support sikit. Latihan dari pukul 9 pagi - 5 petang.



Budak kenit ni kuat semangat...tak merungut letih pun bila balik dari latihan. Tapi bila habis jer latihan masuk jer dalam kereta terus tidur tak bangun2 sampai esok pagi...hahaha



Jumaat class 1/2 day sampai pukul 1 jer...yehaaaaa marilah kita anak beranak bersuka ria



Bawak diorang gi shopping, tengok wayang dan makan2 sambil borak2. Bagi diorang peluang bercerita walaupun cerita dan berulang kali tapi tetap kena dengar...hahaha. Masing2 nak bercakap..iyo lah nak mama dengar ni.

Budak2 ni pun kalau hari biasa aktiviti dari pagi sampai ke malam penuh. Pagi gi sekolah...malam2 kena tuisyen. 5 hari non stop. Weekend pulak masing2 ada aktiviti. Sampai adik ipar aku pun tak boleh tahan "Sian Yaya dengan adik...mama asyik suh tuisyen jer. Bukan leh dapat 5A pun".

Kak Elly ni tak pandai mengajar anak2...mengamuk jer lebih. Nak duduk ulangkaji sama2 mmg masa tak mengizinkan. Kerja rumah melambak2 kena selesaikan. Habis tu budak nak tanya siapa lah agaknya kan. Orang lain mungkin nampak kita macam mendera anak2 tapi hakikatnya ini lah cara terbaik yang Kak Elly boleh lakukan. Bukan lama cuma 2 jam jer masa belajar. Biarlah terkejar sana sini utk menghantar anak2 janji tanggungjawab sebagai ibu bapa dapat disempurnakan. Biarlah orang nak kata apa janji Kak Elly tahu apa yang Kak Elly lakukan. 5A ker 5C ker itu tak penting janji anak2 diberi pelajaran dengan sempurna. Siapa yang ada anak mungkin lebih memahami apa yang Kak Elly maksudkan. Tapi Kak Elly ni tak ada lah kejam sangat 24jam suh anak belajar...ada jer masa diorang bersuka ria. Mungkin cara setiap orang berbeza...tapi ini lah cara yang Kak Elly lakukan utk anak2.



Siang ngan anak2....malam spend time dengan Ex Classmate pulak (wine belongs to Ai Leen not me) hahahaha. Kitaorang dah berkawan hampir 21 tahun tak pernah terputus hubungan. Perjumpaan pun cuma setahun 2 kali jer. Kami tetap sama seperti dulu...memasing gelak macam hantu.

Lagi 2 tahun semua akan capai angka 40 tahun...jadi kitaorang dah rancang percutian yang akan datang. Percutian diusia 40 tahun....hahaha. Hanya kami berempat sahaja. Suami2 sila jaga anak dirumah.


Pagi Sabtu tu sepatutnya Kak Elly kena gi Event Nuffnang dengan Kak Pilla...boleh pulak pagi tu Cherry Berry..lembik sekejap.

Tapi kerja tetap kena diteruskan. Tengahari semua kena berkumpul rumah Peej siap kan order untuk customer. Alhamdullilah order tak putus2. Feedback dari customer pun sangat2 baik. Now tengah sibuk top up stock...tak nak terjadi kes orang nak beli tapi barang tak ada. Siapa nak jadi Agenty tunggu yaaaaaaaaaa.........

Tengah sibuk2 buat kerja tetiba Peej bersuara...korang lepas anak Elly habis exam UPSR kita bercuti jom...badan dah tak larat. Tak henti2 bekerja jer. Iyo badan aku pun dah tak larat Peej tunggu masa jer nak bercuti ni.



Tak dapat nak duduk lama rumah Peej sebab sibuk nak ambik si kenit ni dari latihan. Nasib dapat kawan2 yang memahami. I lap u lah...



Sunday awal pagi dah bangun....teman En Win cari barang Office pulak kat Ikea. Huaaaaa bila lah agaknya dapat bangun pukul 10 pagi. Dari Khamis sampai ahad tak henti2 bertugas. Dah settled cari barang tengahari tu hantar si Kenit gi class pulak. 



Sempat curi masa urut kaki...dapat tidur 1 jam pun jadik lah. Lantak orang sebelah dengar aku berdengkur. Letih giler ya...



Settled Foot Massage bawak Yaya jumpa kengkawan dia pulak. Harus mama kena teman kan walaupun terpaksa makan seorang diri di hujung table. 

Bukan tak percayakan anak2 cuma macam mana sibuk pun kita jangan sesekali terlepas pandang. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu2. Kalau dulu darjah 6 naik bas mini sorang2 pun tak ada hal. Zaman sekarang cuba test tengok anak2 korang sampai tak kat rumah...hahaha. Mmg tak lah bagi Yaya keluar sorang2 jumpa kawan2...walaupun pergi berhantar balik dijemput. Dalam masa nak menunggu waktu balik tu tak tahu apa budak2 ni buat.

Yaya dan kawan2 dah terbiasa dengan cara Kak Elly ni. Diorang tetap berborak dan bergurau macam biasa. Lantak lah korang nak bercakap apa2 pun janji mama ada di mana2...hahaha.








Sakit gilerrr

$
0
0


Semalam petang aku dengar bunyi kereta En Win dah sampai depan rumah....laju2 aku baring lepas tu pura2 tidur atas sofa sambil mulut terbuka untuk menunjuk kan betapa letihnya aku...hahaha. Makanan budak2 aku dah beli siap2 tinggal masak nasi jer...semalam mmg malas tahap gaban.

Bila En Win masuk jer rumah terus jerit2 nama aku tanya masak apa?? Gulp ada perasaan bersalah disitu

Aku: Pa...tak larat lah hari ni pinggang rasa nak patah (sambil aksi urut2 pinggang). Tapi budak2 punya makanan I dah beli. Ingat nak ajak u gi urut badan kat tempat baru tu...Ampang Point.

En Win: Ok...lepas hantar budak2 gi tuisyen kita singgah jap urut badan

Yehaaaaa...lakonan berjaya. Tu lah Aziz M Osman tak nampak bakat terpedam Kak Elly lagi....kalau buat uji bakat mau melopong mulut tu...hahaha

Maka berpegangan tangan lah kami berdua sambil hayun2 menuju ke tempat urut. "Saya mau buat body massage 1 jam". En Win buat foot massage jer semalam.

Kak Elly ni jenis yang kalau urut mmg tahan sakit. Tekan lah kuat2 tak ada hal lah...tapi tempat urut kat Ampang Point ni giler vavi sakit. Rasa macam nak tumbuk jer muka perempuan tu. Dia guna siku jer pun tapi tajam giler kot...lepas tu selamba jer kepak kaki aku bagi bunyi letop2 tu...perggghhh giler takut.

Aku suh buat pelan2 sikit dia tak peduli...badan banyak angin...badan banyak angin. Itu jer dia dok ulang2..huaaaa sakit lah wei. Hari ni deman urat.

Pengajaran: Jangan menipu suami!!


Ellfie Team

$
0
0

 Sebelum cite lebih lanjut meh Kak Elly nak kenal kan sorang2 Ellfie Team...hahaha. Giler tak kenal dah tiap2 hari promote baru sibuk nak introduce siapa Ellfie Team. Eh! mana tau ada yang tak tahu ingatkan Kak Elly berniaga sorang2 tak adil lah kan.

Yang baju biru sebelah kiri tu Peej . Peej di pertanggungjawab  uruskan hal postage. Segala urusan pos2 Peej akan handle. Sian berpeluh sorang2 bungkus barang Ellfie untuk dihantar. Postage akan dibuat setiap Hari Isnin hingga Khamis. Jumaat sampai Ahad cuti. Normally bila Kak Elly dapat order akan terus wassap dekat Peej untuk dia uruskan. Pembayaran yang dibuat sebelum pukul 2pm postage akan dilakukan hari yang sama. 

Kak Elly punya tugas pulak menerima order dari customer. Menjawab segala wassap dan kena makesure customer membuat bayaran. Kadang2 Kak Elly dipertanggungjawabkan untuk order barang jika stock hampir habis tapi jgn harap nak buat sorang selalu Peej ngan Filla kena seret jugak untuk order dan ambik barang. Kalau nak order Ellfie blh wassap Kak Elly 013-2755197

Filla  yang sebelah kanan bertudung manis tu...diberi tanggungjawab utk handle agent2. Ambil order dari agent2 seluruh Malaysia. Jadi siapa nak jadi agent jangan cari Kak Elly tapi cari Kak Filla. Korang boleh email. agent.ellfie@gmail.com

Inilah team Ellfie yang sentiasa bergaduh, gelak dan rasa nak muntah bila tgk each other....hahaha. Korang tahu tak actually nama Ellfie Beauty kita orang dapat dari gabungan nama. Ell - Elly dan Fie untuk Fillanie & Hafiza. Terima kasih Ben sebab mencadangkan nama yang superb. Puaslah kitaorang fikir nak bagi nama produk tgk2 Ben bersuara dari jauh...Ellfie sedap gabungan nama2 korang....hahaha bijak Ben.


Kalau dulu setiap hari Sabtu kitaorang bertiga akan keluar makan2, gelak2 kutuk each other sekarang no more kena tolong Peej siapakan postage untuk hari Jumaat. Lepas tu muka sorang2 serius jer buat kerja...nyampah!! Itu yang kadang2 tengah pack barang tetiba ada suara keluar...wei bila nak keluar makan ni, bila nak makan sedap2 ni..hahaha. Nanti suara satu lagi keluar...aku nak holiday...badan aku dah letih ni. Kang lagi satu suara keluar...sabar2 ini semua kenangan tahun depan kita dah ada 5 orang pekerja. Waktu tu baru boleh makan sedap dan jalan2.
 


Ini postage semalam...pukul 3pm Peej wassap Elly kau datang lepas Office melambak nak pos aku tak larat...hahaha. Alhamdullilah rezeki. Tapi ini lah kehidupan kami sekarang kena kerja kuat sikit bantu each other dan yang paling best kitaorang dapat suami yang paling memahami. Laki bini turun padang bantu apa yang patut.

Nak ucap terima kasih kat korang sebab support Ellfie. Alhamdullilah Ellfie dapat sambutan dan feedback yang sangat baik dari pengguna. Bagi yang belum mencuba Ellfie apa tunggu lagi....cepat2 order wassap 013-2755197


 



Moments of Joy

$
0
0

Sebagai seorang ibu of course Kak Elly ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak.  Berikan kasih sayang, pelajaran dan menjadi ibu yang terbaik untuk mereka.  Tapi kadang-kadang Kak Elly terfikir adakah apa yang Kak Elly berikan selama ini cukup untuk membuat mereka bahagia dan disayangi.





Bila tengok video kat atas ni barulah Kak Elly realize... kadang2 benda yang kecil membuat sesuatu yang bermakna untuk anak2.  Cuma luangkan masa beberapa minit tiap2 hari bersama boleh menjadi little moment of Joy untuk mereka




"Mama promises to give more hugs and kisses to Ameera & Danea"

Kak Elly berjanji akan sentiasa memeluk dan cium mereka setiap hari dan message ini Kak Elly akan lekatkan di bottle khas Joy supaya Kak Elly sentiasa ingat janji ini.

Ibu diluar sana yang ingin dapatkan sepacial botol dan message seperti diatas ni korang kena create your Own Moment of Joy di joysdishcare.my 

Penyertaan sangat2 mudah…mari Kak Elly terangkan

  • Design your moment of Joy label di www.joydishcare.my
  • Share customized label korang dan nominate kawan kawan kat Facebook dan korang juga akan diberi coupon untuk Scotch Brite secara percuma.
  • Yang terakhir sekali beli customized label pencuci pinggan Joy yang berharga RM2.95 (250ml) kat outlet-outlet terpilih kat bawah ni.

Senangkan!! Jadi apa tunggu lagi #momentsofjoy




Agent Ellfie Essence

$
0
0

Assalamualaikum

Setelah beroperasi selama hampir 2 bulan baru kami bersedia mengambil agent. Ramai jugak yang bertanya sebelum ni cuma kami belum bersedia lagi. Kami kena betul2 pastikan perjalanan produk Elffie supaya tak ada masalah stock dikemudian hari. Kami kena pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Setelah perbincangan dibuat hari ni kita memberi peluang sesiapa yang ingin menjadi Agent Ellfie boleh lah menghubungi kami. 

Details info akan diberitahu dibawah nanti. Sebelum tu Kak Elly nak share serba sedikit dulu tentang Ellfie Essence. Kami bertiga Kak Elly, Filla dan Peej sewaktu membuat keputusan nak keluarkan produk kecantikan kami mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Perniagaan yang kami ceburi ni bukan satu keputusan yang mudah. Ini membabitkan kulit muka seseorang. Kitaorang tidak boleh mengambil ringan atau membuat keputusan sampai lewa ataupun dengan istilah tangkap muat. No...No...No...setiap apa yang terjadi adalah tanggungjawab kami. Jadi sebelum keputusan di buat perbincangan sentiasa dibuat. Sehingga kami mendapat kata putus dan sebulat suara bersetuju.

Kami mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan Set Ellfie Essence. Of course orang pertama yang test produk ni ada lah kami sendiri. Redha dengan apa yang terjadi dekat kulit muka memasing. Ada yang snap gambar dengan muka yang sedih tak sampai 3 hari snap gambar dengan muka yang gembira pulak...hahaha. Dari situ kami cuba perbaiki sebab kulit muka dan hormon setiap orang tidak sama. Setelah berpuas hati baru kami beranikan diri bagi sample produk dekat kawan2 rapat dan saudara mara. Itu pun mengambil masa yang agak lama jugak. Alhamdullilah feedback yang diterima sangat2 baik dan kami boleh lihat kesannya. Terus lega dan hati meloncat keriangan dan yang lebih penting produk kami mendapat kelulusan dari KKM.




Ellfie Essence Set

Cleanser, Toner, Night Cream dan Day Cream. 
Harga untuk Semenanjung RM120.00 dan Sabah/Sarawak RM130.00.

Kalau korang tanya Kak Elly berapa lama satu set ni boleh bertahan, jawapan depends cara pemaikaian. Set ni kalau Kak Elly pakai mampu bertahan hampir sebulan (untuk Cleanser dan Toner). Untuk Day & Night Cream boleh bertahan hampir 2 bulan.



Alhamdullilah sambutan sangat2 menggalakan. Terima kasih sangat kepada pengguna kerana mempercayai Elffie Essence. Setiap hujung minggu Kak Elly ngan Filla terpaksa turun padang membantu Peej di bahagian Postage. Dan sehingga kini order tidak putus2 lagi...syukur alhamdullilah.



Masuk minggu ketiga kami telah mendapat feedback yang sangat baik dari pengguna Ellfie. Cuma pengguna Ellfie ni pemalu sangat nak share gambar Before dan After. Takpe janji pengguna semua berpuas hati dengan Ellfie Essense. Mintak pengguna yang berpuas hati dengan kesan Ellfie Essence sila lah war2 kan ya...hahaha.



Atas permintaan ramai...Ellfie Essence melangkah setapak lagi keluarkan Loose Item dengan saiz yang lebih besar 50ml. Botol kecik tak puas katanya...hahaha.

Cleanser 50ml - RM55.00
Toner 50ml - RM55.00
Both - RM100.00 *free postage*


Sebelum kami buka peluang kepada Agent kami kena pastikan Ellfie benar2 mendapat tempat dihati pengguna. Tak ada istilah stock tak laku itu yang jual dekat agent. No..No tak baik menipu sebab itu kita mengambil masa untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Kat bawah ni Kak Elly testimoni yang bermasalah dengan kulit muka dan akhirnya mereka sangat2 berpuas hati dengan Ellfie Essence.


Ellfie Essence selamat digunakan untuk ibu yang mengandung. Utk ibu yang mengandung hormon sentiasa bertukar. Tiba2 boleh naik jerawat dengan sekelip mata. Alhamdullilah Ellfie Essence dapat membantu masalah ibu mengandung




Dulu kulit muka kusam, pori2 jelas kelihatan. Sekarang kulit muka semakin sekata dan cerah. Gambar sebelah kiri pakai compact powder. Gambar sebelah kanan cuma pakai day cream Ellfie jer.


Ini salah satu contoh pengguna yang ada masalah jerawat dan telah menggunakan Ellfie selama sebulan. Alhamdullilah semakin berkesan. Jerawat semakin kecut dan hilang.

Ok setelah team kami berpuas hati dengan feedback yang diberikan oleh pengguna barulah kami membuka peluang untuk agent,

Kenapa saya perlu menjadi Agent?

Untuk menambahkan pendapatan.  InshaAllah sebagai agen produk Ellfie, anda boleh menjana pendapatan sendiri.. Kita tolong menolong sesama kita :)  Apa salahnya rezeki yang ada kita kongsi bersama.. Agen di seluruh negara sangat dialu-alukan sebab Team Ellfie dah tak cukup tangan nak handle.. Dengan adanya agen di setiap negeri, boleh memudahkan customer untuk beli terus dari anda sebagai agen.

Team Ellfie sendiri akan bantu semua agen-agen ini untuk siarkan contact mereka di blog, fb, instagram dan twitter.. Ini adalah marketing untuk anda secara percuma :) Kalau you all ada effort untuk buat COD untuk customer, lebih digalakkan.

Syarat untuk menjadi agen ialah dengan membeli 12 set Ellfie Essence sahaja (harga agen).  Kita akan bekerja sebagai satu team dan anda tidak akan dibiarkan terkapai-kapai so no worries ;) 

Untuk pengguna yang sedang menggunakan produk Ellfie Essence lebih dialu-alukan sebab dah tau kesan terhadap kulit kan? Sebab most of our customers memang repeat order, kadang repeat terus order 2-3 set, mungkin sebab kawan-kawan dah tengok keberkesanan dia.. so lebih untung jadi agent.. 

Ok itu je pengumuman hari ini.. Untuk menjadi agent sila email


agent.ellfie@gmail.com

*Agent Kuala Lumpur/Johor/Negeri Sembilan dah full ya. Untuk negeri lain still available*



Anak perempuan

$
0
0

Dah lama rasanya tak update blog....dua hari cuti sebab kali ni kena period pain yang teruk sampai tak boleh bangun. Pinggang, perut semuanya sakit.Dah lama rasanya tak kena...mungkin sebab stress dan terlalu penat kot. Dua hari buat kerja atas katil jer...manja sangat perangai tu...hahaha. Tapi best dapat tidur siang tanpagangguan anak2.

Cite pasal anak2 ni aku ada dua ada perempuan yang satu dah meningkat remaja dan satu lagi perasan dah remaja. Nampak macam senang kan sebab anak2 dah besar tapi hakikatnya aku pening kepala sebab masing2 dah pandai menjawab dan pandai2 buat keputusan sendiri. Yaya dan Ameera sekarang kuat bergaduh sebab masing2 ada pendapat sendiri, ada penyanyi pujaan sendiri dan ada gaya tarian sendiri...hahaha.

Kadang2 pasal penyanyi kesukaan pun nak bergaduh. Orang ni tampal poster tak cantik lah, penyanyi kesukaan bodoh bercinta dengan perempuan tak cantiklah, lagu penyanyi Adik tak sedap lah.  Eh! bertekak2 ok. Kalau datang angin baik menari sama2 ikut step boleh dengar lah tergelak2 gembira...tetiba Yaya jerit "salah lah dik kaki tu bukan macam tu...macam ni" kang adik jawab "Yaya yang tak tahu buat" tetiba aku dengar bedebuk Yaya tumbuk belakang adik dia....punca sebab step salah. Lepas tu masing2 hempas pintu sekuat hati. Eh! sakit jantung aku tau....En Win boleh gelak terbahak2. 

Kalau ajak keluar masing2 dah pandai bergaya...Yaya dengan aksesori bagai, adik lebih kepada sempoi pakai jeans ngan t-shirt jer. Kang start lah bergaduh dalam kereta"Mamaaaaa Yaya kan dipakai lipstick mama dia ingat cantik lah tu" kang Yaya jawab balik "diamlah dah lah pakai baju tak cantik"tak sampai 3 minit perjalanan tangan Yaya dah kena cakar.

Yaya ni penakut sikit...kalau siang ada jer dia cari pasal dengan adik tapi waktu malam dia akan pura2 buat baik sebab nak tidur sekatil dengan adik dia. Aku yang selalu ingatkan adik..."Dik yaya tu pura2 dik..malam jer dia buat baik ngan adik...suh dia tidur sendiri dik"....hahahaha tapi budak kenit tu selalu tak sampai hati. Bila aku bangkit malam2 intai dalam bilik bukan main tidur peluk2.

Kak Elly kalau diorang bergaduh ker mengadu selalu buat bodoh jer sebab diorang akan mengadu dan bergaduh benda yang sama setiap hari...just angguk kan kepala jer. Tapi kalau melampau hempas2 pintu mmg sedas dua kena ngan hanger kat kaki.



Sekarang bukan main kalau keluar siap pakai aksesori bagai. Beli baju dekat forever 21 dan top shop jer. Selalu En Win lah kena bayar...hahaha. Lipstick dengan perfume aku memanjang jer dalam bilik dia. Kalau mandi berjam2 siap package menyanyi terlalak lagi. Yaya ni suka membaca novel yang tebal2 tu. Sekarang kalau beli bukan main novel cinta jer. Novel omputih semua melayu tak minat katanya. Eh! sombong sangat perangai kau ya...tu sebab exam BM entah apa2 jawapannya. Baju dan kasut aku semua dah boleh pakai...tau2 kang laju jer ambik kasut aku pakai. Yaya dan music tak boleh dipisahkan dalam bilik tu 24jam radio berbunyik jer.

Yaya ni actually sebijik macam perangai aku dulu2. Suka buat muka suka memberontak tapi dalam hati jer. Senang dipujuk. Tak ramai kawan dan suka menyendiri dalam bilik.




Adik sempoi....hidup dia dengan Gymnastic jer. Tak peduli baju dia pakai cantik ker tak cantik. Tak minat baca novel. Kalau merajuk jangan pujuk lagi dia mengada. Aku selalu kalau dia mengamuk2 aku buat dek jer...lantak lah dah merajuk bawah katil berjam2 nanti dia sendiri akan keluar datang kat aku lepas tu kiss2 pipi aku sebab dia tahu dia yang salah. Adik ni degil selalu kena pukul kat rumah tu tapi dia tetap dengan pendirian dia. So kena buat tak tahu jer nanti dia akan baik sendiri...hahaha Tapi tak susah jaga ni sebab paberet makan dia satu jer, ayam goreng kunyit.

Nasib dua jer anak aku...kalau 8 pitam aku nak layan sorang2 punya perangai...hahaha. Tapi sedihlah bila tengok anak2 semakin membesar....janganlah besr cepat sangat nak oiiii.

 


GST

$
0
0

Semalam 1st April maka dengan rasminya bermula GST. Aku rasa semua akan terasa beban GST ni. Especially orang2 yang berniaga macam kitaorang ni. Bahan Mentah GST, Botol GST, Printing GST, Postage pun GST. Tapi jangan bimbang Ellfie Essence tak charge GST kepada pengguna. Kami masih kekalkan harga yang lama.

Semalam breakfast biasanya Teh O Air RM2.50 sekarang dah naik sampai RM2.80. Hari ni breakfast kitaorang boikot kedai tu bungkus makan kat office jer air buat sendiri....hahaha

Serius ada sikit rasa terbeban dengan GST ni walaupun 6% nampak macam tak banyak tapi still boleh rasa sebab aku dengan En Win dua2 berniaga. 



Semalam dengan bangganya Kak Elly tunjuk kat FB,  resit pertama yang Kak Elly kena bayar GST. Sekali tengok2 semua bising kenapa Kak Elly bayar 10% restaurant charge....bagus korang. Akak main bayar jer...hahaha. Disini ada persoalan sikit 10% service charge tu bukan ker macam kita bg tips dekat pekerja2 restaurant tu. Tapi GST untuk bayar kepada Government. Sebenarnya blh ker tak boleh ni restaurant tu charge, service charge??

GST pula hanya boleh dikenakan oleh perniaga yang berdaftar sahaja...jadi sebelum kita bayar...makesure kita check dulu samada premis tu dah daftar ke belum. Ramai yang tak daftar tapi kenakan GST. Peniaga tamak ni!!

Kalau korang nak tahu macam mana peniaga itu daftar atau tidak GST korang kena pastikan resit itu akan disertakan sekali dengan No GST (10 digit) blh buat penyemakan sama ada company itu berdaftar atau tidak. Yang main tulis resit pakai tangan tu jangan lah percaya...lepast tu cantik jer letak GST 6%. Kalau peniaga tak daftar maknanya dia tidak boleh sewenang2nya kenakan GST kepada customer. 

Kalau benda ni terjadi...korang boleh buat laporan ke :

1800886800 (1Malaysia Centre)
03-88826245 (War Room Kpdnkk)
sms : ADU (maklumat aduan) ke 32255

Ok jangan lupa jawab pertanyaan Kak Elly yang awal tadi ya. Saya wanita keliru.




Weekend

$
0
0

Ini weekend punya cite...tapi weekend bila aku tak ingat....muahahaha. Sebelum bercerita tetap nak bersedih dengan GST. Terasa sangat2 minggu ni...sambil bayar sambil tengok charge GST 6% terus rasa down. Semalam beli lampu pun dah kena GST sampai RM60.00. Banyak tu boleh beli berbiji2 mentol. Memang terasa sangat bebanan tu.

Sekarang ni masa untuk berseronok macam dulu keluar lepak2 dah semakin berkurangan. Kalau dulu cuti sekolah En Win mesti bawak jalan2 paling dekat pun ke PD sekarang nando. En Win dah letak syarat setahun sekali jer Holiday dah tak boleh berkali2. Dengan ekonomi yang tak berapa stabil sekarang...kitaorang pulak berniaga so kena kerja lebih kuat lagi. Berniaga ni bukan sikit2 duit nak guna itu pun belum tentu dapat pulangan dalam masa terdekat ni.

Ingat tak stress ker...siang malam bekerja. Terkejar sana sini...tapi nak buat macam mana kalau nak rezeki lebih kena kerja lebih kuat lagi. Tapi kesian lah kat budak2 tgk mak bapak kerja siang malam. Kadang2 rasa tak sampai hati tapi nak buat macam mana kan. Last weekend cancel semua aktivit bawak diorang keluar.



Semenjak adik masuk gymnastic ni lagi tak ada masa nak lepak2. Weekend budak2 dah penuh dengan aktiviti. So mmg kerja aku menghantar dan mengambil jer lah anak2 dari kelas.



Kadang2 balik letih2 tengok muka anak2 hilang segala keletihan. Tapi kalau banyak tanya boleh mendatangkan marah gaks....hahaha



Bila keluar sekali sekala mmg bagi budak2 ni buat pilihan nak makan kat mana. Bagi diorang happy sikit...bagi diorang beli lah toys ker buku ker yang tak lebih dari RM50.00. Penat cari duit untuk anak2 jugak kan.



Ini kejadian minggu lepas. Lepas dah settled masak terus ker rumah Peej tolong dihandle postage. Kesian peej buat sorang2. Filla busy melayan agent2. Mmg harap kat En Win tolong jaga budak2. Bila time En Win kena kerja luar aku pulak yang kena duduk rumah. Serious ini lah rutin kami buat masa ni...kena saling faham dengan tugas masing2. Nak cari duit ni bukan senang. Masa bersama kena banyak korbankan.



Alhamdullilah dah masuk bulan kedua dan sambutan dari Pengguna Ellfie sangat memuaskan. Ramai dah mula percaya dengan Ellfie. Insyaallah kami akan beri service yang terbaik.



Tadaaaaa....gaji pertama dari Elffie. Pasangkan aircond dekat umah mak dan abah. Bahang bebenor rumah tu. Dari dulu nak pasang diorang tak bagi. Kata bil api nanti mahal lah...kipas pun dah sejuk lah. Kali ni aku panggil orang terus pasang jer....malas nak dengar alasan lagi.

Rami request nak tengok dapur rumah mak aku yang renovate hari tu...nanti Kak Elly update ya. Asal balik umah mak mmg niat nak tangkap gambar tapi bila tgk lauk atas meja terus lupa...hahaha.
 
Viewing all 416 articles
Browse latest View live