Tak pernah2 blog ni bersawang...tetiba banyak pulak anak labah2 kat sini...hahaha. Peej lah ni!!
Since dah lama tak update meh lah nak share banyak sikit gambar. Jadi bila korang dah tengok gambar puas2 bila tak update seminggu tak ada lah rasa bersalah sangat.
Hari ni nak cite pasal adik. Anak Kak Elly yang no. 2 tu. Kak Elly mmg dari diaorang usia 3 tahun dah masukan macam2 aktiviti. Bagi diorang tak boring weekend nanti. Bagi diorang berani sikit bila nak berdepan dengan orang. Ballet, piano, violin, art class dan macam2 lagi. Tapi semuanya tak lama. Mungkin kurang minat. Paling lama pun setahun lepas tu diaorang dah muak. Aku angin jer dah lah bayar mahal2 lepas tu suka2 cakap tak nak, Nak paksa pun tak guna sebab Kak Elly notice semua benda yang Kak Elly register bukan atas kehendak diorang tapi atas kehendak Kak Elly...haha. Iya lah dulu2 mana dapat gi class piano ngan ballet jadi bila ada peluang terus paksa anak2. Last anak2 belajar piano tahun lepas. tahun ni dah berhenti.
Actually adik ni dia ada satu perangai yang tak boleh duduk diam. Dia bukan jenis yang duduk diam2 tgk tv. Kalau kitaorang tengok TV dia akan melompat2 bintang kat tepi. Kalau tak melompat bintang dia akan lipat2kan badan sampai aku jadi ngeri. Habis dia terbalik2 kan badan. Sampai aku dah tak larat nak tegur...puas aku fikir kenapa budak ni perangai pelik. Lepas aku kenal pasti aksi yang dilakukan baru aku teringat aksi ni ala2 gymnastic...hahaha
Dari dia melompat2 bintang tak dapat faedah apa2, baik aku survey lah tempat belajar gymnastic. Nasib lah ada perempuan yg kepala giler ni tolong aku. Hanna kau mmg penyelamat dunia...itupun sebab anak dia belajar kat sana kan...hahaha
Adik happy giler bila aku hantar kat tempat training tu. Sampai tak nak ponteng langsung. Class seminggu 2 kali, Saturday dan Sunday. 3 jam setiap class dan fees RM260.00 sebulan. Bertempat di Kelab Darul Ehsan. Tapi make sure kalau korang nak masuk kan anak korang...anak tu betul2 minat sebab sukan ni bukan sukan yang murah. Alatan jer dah beratus ringgit belum termasuk harga baju yang blh cecah ribu. Bukan berlagak sekadar memberi tahu. Tapi kalau anak korang minat aku mmg sarankan korang support minat anak2 korang sbb ini salah satu aktiviti yang sihat.
Hampir 6 bulan adik berlajar blh nampak kesan yang sangat positive. Dia cepat tangkap dengan apa yang diajar. Jadi senang nak ikut bila time latihan. Disebabkan dia minat hampir tiap2 malam dia sendiri akan buat latihan. Habis badan semua dia terbalik kan.
Last week Internal Grading. So adik masuk utk grading'Free Hand' dan 'Rope'. Actually cikgu mintak adik grading'Ball' sekali tapi dia tak berapa confident. Ok takpe ball end of the year kita buat yek.
Bertempat di Destar Arena, Taman Dagang Permai
Sampai2 kena warm up dulu. Diorang mmg dah dilatih tak perlu tunggu cikgu bagi arahan. Tahu jer apa nak buat.
Dah siap pakai baju semua tetiba aku yang berdebar. Takut lah dia jatuh ker lupa step ker. Tapi budak ni relax jer macam tak ada hal.
Dia senyum sepanjang acara..tak ada rasa gementar sikit pun. Eh! budak ni tak ada perasaan ker apa.
Sebelum acara bermula diorang kena berlatih kat tempat yang disediakan...tak ada rasa kekok ker apa nanti.
Peminat kecik datang bagi sokongan padu.
Peserta utk grading Ball
Adik peserta ke 3 hari tu. Peserta 1 dan 2 diorang lupa step waktu tengah2 lagu. Serious aku kesian sebab diorang jadi panik. Mungkin takut dan first time beraksi. Aku kan sentiasa ada bila diorang training, aku tahu diorang blh buat tapi tak tahu hari tu kenapa diorang jadi blur. Aku yang stress aku jadi panik dan kesian kat budak2 tu. Lepas habis jer music terus berlari nangis cari cikgu...huaaa sian kan.
Turn adik...aku dah telan2 ailio. Berdoa jer dalam hati semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdullilah...perfect!! tiada satu pun step yang tertinggal. Badan cantik jer melentik sana sini. Tetiba rasa nak menitis air mata sebab aku tahu adik berlatih setiap hari. Tiap2 malam tanpa jemu.
Lain2 peserta. We all mmg support each others. Bagi tepukan gemuruh bagi semangat diorang kuat. Tak ada rasa takut...sorak kuat2 lepas habis bersembahan.
Next utk grading Rope pulak. Ada tersangkut sikit kat kaki. Tapi adik selamba jer teruskan persembahan. Serious lah budak ni betul2 berani dan confident.
tiga sahabat baik.
Mini challenge untuk peserta 6 - 7 tahun. Cute jer budak2 ni. Kecik2 badan dah melentik.
Semua peserta
Ibu2
Bapak2
Alhamdullilah.....Overall Distinction. Adik dapat markah tertinggi dalam acara Free Hand dan Rope dan lulus utk ke next level bulan December nanti.
Baju hitam tu Ms Dina (cikgu gymnastic)
Event hari tu berjalan dengan lancar.
Mama bangga dengan Adik!!
Insyaallah mana tau satu hari nanti boleh masuk sukan SEA. Wakil Malaysia. Mama doakan ya.
Us!!
Thank you so much Ms Dina.